Bounjour !
![]() Tagboard
![]()
| Mengapakah ini boleh terjadi?
Ahad, 9 Oktober 2011 | 8:23 PG | 0 comments
Dengan menganggap, menjalinkan sebuah percintaan itu sesuatu yang mudah, sesebuah perhubungan itu pastinya akan melalui perpisahan yang amat mengecewakan kita. Ramai masyarakat memandang remeh dalam mendalami ilmu pengetahuan cinta. Masing-masing mempunyai pendirian seperti, dengan hanya merasakan diri dicintai maka, perhubungan itu akan berjaya.Berbagai-bagai masalah lagi yang sentiasa dihadapi pasangan-pasangan yang sedang bercinta, baru jatuh cinta maupun yang terpedaya dan masih menanti-nanti cinta itu kembali kepadanya. Sedangkan dirinya telah kehilangan cinta yang tergenggam sekian lama. Sungguh menyedihkan sekali apabila ini berlaku... Contoh-contoh masalah yang selalu bro terima melalui email masalah cinta: *Dikecewakan berkali-kali namun masih kembali rujuk kepadanya setelah dia berubah kembali manja, mesra dan penuh kasih sayang. Tetapi, kemudiannya dikecewakan lagi. *Ditinggalkan kekasih tanpa sebarang berita, tanpa sebarang penjelasan. Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dihiraukan. *Kekasih berjanji ingin berkahwin tetapi setelah bertahun-tahun menunggu namun tiada kemajuan atau apa-apa perkembangan kearah mendirikan rumahtangga. *Hilang keyakinan di dalam perhubungan disebabkan perasaan cinta yang semakin hambar. *Setelah bertahun-tahun bercinta tiba-tiba kekasih berubah perangai, bertutur kasar, menengking, tiada kemesraan, dimaki hamun. *Kekasih lama muncul kembali mencurah kasih dan menampilkan kemesraan di saat-saat anda di dalam pergolakan dalam perhubungan. Suami atau kekasih berlaku curang. *Terlalu segan dan malu untuk berterus-terang tentang perasaan cinta yang bersemi, akibatnya, dia disambar orang lain. *Masih keseorangan sekian lama walaupun sudah agak berumur. Tiada yang berminat lantas selalu sahaja ditekan oleh keluarga. *Percintaan jarak jauh yang tiada kesudahan dan tiada masa depan tetapi tidak mahu lepaskan. *Sukar membuat pilihan kerana takut tersalah pilih dan risau akan kegagalan. Apakah impian anda? Pernah anda tanya soalan ini? Apakah yang anda benar-benar inginkan sebenarnya di dalam dunia yang fana ini? Anda mungkin berjaya di dalam pembelajaran, anda juga mungkin menjawat jawatan tinggi dan karier anda begitu maju. Tetapi masih ada sesuatu yang seperti tidak lengkap di dalam hidup anda, kan? Lalu anda tercari-cari, dan mulai terfikir untuk menjejak kaki ke jinjang pelamin suatu hari kelak,kan? Selepas anda memiliki segala-galanya, pastinya impian yang tinggal ialah, anda ingin dicintai, disayangi dan dihargai pada setiap masa oleh si dia yang anda cintai. Dan amat pastinya seperti di dalam gambar inilah yang anda idam-idamkan... Menjadi Raja Sehari! Abisz!! |