

|
Bounjour !
![]() Tagboard
![]()
| Jumaat, 23 Mac 2012 | 8:49 PTG | 0 comments
Apakah hukum bersentuhan kulit seorang lelaki dan perempuan yang halal nikah? Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?
Ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhu’ atau tidak?
Di sana ada beberapa pendapat :
1. Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Maksudnya asal saja bersentuhan kulit tanpa lapik/alas,maka batal wudhu’.Ini termasuk dengan isteri sendiri.
2. Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajnabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan atau ada keinginan nafsu ketika bersentuh.
3. Imam Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan wudhu’ secara mutlak, melainkan dengan terbingkas alat kelamin lelaki.
4. Imam Hanbali :bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tidak membatalkan wudhu’ jika tidak dengan keinginan dan kelazatan.
Punca Perselisihan Pendapat
Dalil bagi semua mazhab adalah ayat surah al Maidah:6
“Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.
Al Maidah :6.
Walaupun mereka berpegang kepada dalil yang sama,namun dengan pemahaman yang berbeza,melahirkan pendapat yang berbeza.
Cara ulama’ mazhab2 di atas mengeluarkan kefahaman hokum dari ayat(Istinbath hokum):
1.Ulama’ Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala di atas pada potongan ayat :
“....Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (Aulamastum) perempuan...” Mereka menafsirkan laamastum (Aulamastum)yaitu ‘kamu menyentuh’ pada ayat di atas dengan maksud bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan,walaupun tanpa disertai sebarang perasaan atau syahwat,membatalkan wudhu’.
2.Hanafi pula menafsirkan (Aulamastum) yaitu ‘kamu menyentuh’ dengan makna jima’, bukan bersentuhan semata-mata.Ini berdasarkan pemahaman perkataan disudut bahasa, dimana sentuhan boleh membawa maksud sentuh semata-mata dan juga makna jima’ disudut majaznya(makna tersirat). Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Saidatina Aisyah RA, katanya(maksud):
Dari Habib dari ‘Urwah dari ‘Aisyah:
“ Bahawa Rasulullah s.a.w. mengucup seorang daripada isteri-isterinya,kemudian baginda keluar untuk solat dan tidak berwudhu(semula).Kata ‘Urwah ,”maka aku berkata kepada ‘Aisyah,siapa lagi isteri itu melainkan puan sendiri?” Lalu ‘Aisyah ketawa”. Riwayat Abu Daud.
Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmad, juga dari Aisyah RA, katanya:
“Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk”.
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak batal. Namun para ulama’ syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. Mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wudu’).
Mana satu pendapat yang rajih(lebih tepat)? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulama’ Syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhu’. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhu’.
Manakala Imam Malik dan Imam Hanbali menggunakan hujah-hujah yang hampir sama dengan hujjah ulama’ Hanafi.
*CopyPaste.Hanya mahu berkongsi.WALLAHU ‘A’LAM.
|