✿ نور عاءشه ✿
Bounjour !
Syasya Ariff. 14 Years Old .
*replace it with your own words*

About Me | My Stuff | Linkies
Tagboard
PRAY FOR GAZA

Credits
Template : Dinie Hanani
Image : Photobucket
Best view : Google Chrome

Roadshow Anugerah Nasyeed.Com Kini di Kuala Lumpur
Selasa, 10 April 2012 | 9:43 PTG | 0 comments

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Nasyeed. Com yang bakal diadakan pada 13 April ini semakin mendebarkan dan mengujakan. Pastinya pelbagai ekspresi yang akan terlakar sepanjang menantikan majlis ekslusif yang julung-julung kali ini direalisasikan.
Beralih kepada penganjuran Roadshow Anugerah Nasyeed. Com yang ternyata memberikan impak yang kuat dan berkesan kepada penganjuran sulung Anugerah Nasyeed. Com. Inisiatif murni pihak penganjur iaitu Nasyeed Edutainment Sdn Bhd merangka Roadshow Anugerah Nasyeed. Com di beberapa zon di seluruh tanah air dilihat menambahkan keterujaan keseluruhan penggiat seni nasyid untuk menyaksikan momen penuh bersejarah itu nanti. Tidak ketingggalan, roadshow ini juga dilihat dapat memberikan satu refleksi kepuasan kepada para peminat untuk turun bersua muka dengan artis-artis nasyid kesayangan mereka.


Berita baik buat semua peminat nasyid tanah air yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, Roadshow Anugerah Nasyeed. Com pada kali ini akan diadakan pada 7 April 2012 (Sabtu) berlokasi diWangsa Walk Mall, Wangsa Maju.
Roadshow yang akan bermula jam dua hingga enam petang ini akan menampilkan barisan artis nasyid tanah air sama ada penggerak dan pelopor lama  nasyid dan juga barisan pelapis baharu yang semakin menceriakan melodi industri nasyid Malaysia.  Antara yang terlibat ialah Inteam, Rabbani, Raihan, Devotees, Algebra, Destiny, Al- Farabi Band, R-If dan ramai lagi.
Antara pengisian dan aktiviti menarik yang bakal diadakan pada roadshow kali ini ialah persembahan artis, sesi bergambar dan sesi autograf bersama artis, segmen kuiz dan pelbagai lagi aktiviti lain. Lebih mengujakan sebanyak 50 pas masuk ke malam kemuncak Konsert Anugerah Nasyeed. Com akan diberikan kepada pengunjung-pengunjung bertuah di sana.
Bagi yang berkesempatan, jangan lupa meluangkan masa untuk hadir dan turun bagi turut serta memeriahkan roadshow tersebut. Juga sama-sama kita nantikan detik bersejarah 13 April ini, InsyaAllah.
Jumpa di sana!-NK






Old things | New things