

|
Bounjour !
![]() Tagboard
![]()
| Ini Dalam Kepala
Rabu, 4 Julai 2012 | 3:11 PG | 0 comments
Assalamualaikum. Bismillah. Maaf kalau saya tersilap.
Tak sia-sia hari ni pergi sekolah memang Nice!. Baik, selalu saya, awak dan kita semua kalau dapat tahu ada artis cantik atau hensem nak kahwin mesti nak tahu kan macam mana rupa paras pasangan dia tu? Hensem ke tidak? Cantik ke tidak? Anak siapa? Berpangkat ke? Sebaya ke? Lebih tua ke? So on.
Macam bila kita dapat tahu Lisa nak kawin dengan Yusry. Ada yang suka ada yang tidak suka (termasuk saya). Tapi apa kita boleh buat? Itu sudah jodoh mereka. They are meant to be together. Sebab apa? Sebab itu jodoh mereka (kata mama saya).
"Some people are meant to fall in love with each other, But not meant to be together"
Selalu kita dengar jodoh itu ketentuan Allah. Siapa jodoh kita? Bila? Itu bukan tugas kita. Tugas kita? Usaha. Bila kita berusaha dengan baik, Insyaallah semuanya akan jadi baik. Macam Lisa dengan Yusry lagi. Dua-dua dari keluarga yang baik-baik Insya Allah, jadi anda setuju lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik?
Mungkin ada diantara kita pernah berbisik sesama sendiri “Ehh, akak tu bulan depan tunang tau, tapi bakal dia tak handsome pun, biasa je. Macam mana entah boleh sangkut” . Handsome. Lagi sekali saya tegaskan. Handsome atau Kacak. Awak rasa itu dalam kategori apa? makanan? Akhlak? Tingkah laku? Semuanya bukan. tapi paras rupa.
Saya nak tanya, apa paras rupa seseorang itu boleh mengubah kita menjadi seorang insan yang baik? Apa paras rupa seseorang itu dapat membuat kita gembira? Apa paras rupa seseorang itu boleh membantu kita menyelesaikan masalah? Apa dengan sekali pandang saja sudah boleh mengubah diri kita dari negatif ke positif? Apa dengan memandang paras rupa itu dapat membimbing kita? Ya atau tidak? Rasa tidak setuju? Jawab.
Ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, tak macam tu? Cita rasa manusia tentang kecantikan ni tak sama. Malah berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tapi, yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya. Cuba kalau saya kasi awak yang perempuan ni pilih, antara Ustaz Don dengan Zizan. Siapa yang awak nak? Mungkin zizan mungkin ustaz Don. Kenapa? Apa sebab awak pilih Ustaz Don kerana peribadinya yang baik? Atau zizan yang hitam manis tambah humor?
Kembali. Pada orang budiman dan beriman kecantikan seorang wanita itu pada budi dan akhlaknya. Tapi pada pemuja hendonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual. Mungkin pihak A akan cakap Neelofa tu artis paling cantik tapi pihak B tidak setuju dan mengatakan Heliza tu paling cantik. See? Tak sama.
Cantik mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan bila dia asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis bila dia selalu tersenyum dan bertenang. Tapi bukan senyum double meaningokay -.-/ .
Teringat pulak masa dekat sekolah tadi saya bagitahu dekat kawan saya macam ni “You, awak lawa”. like seriously. Masa tu dia tengah cakap dengan kawan sebelah dia, dan saya macam terpandang dekat dia. And i was like ‘Lawanyaa” (dalam hati) tanpa sedar terkeluar kata-kata dalam hati ke bibir. Macam biasa, mungkin dia malu jadi dia senyum je dekat saya. Eheh, hai . Awak lawa *wink*
Jadi, saya mula sedar yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik bila makin lama kita bersama dengannya (jadi adalah dalam beberapa tahun saya sekolah dengan Dia). Kecantikan dia terserlah. Tidak tahu apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?
Jodoh yang baik untuk orang yang baik. Bukan mudah nak jadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar untuk kita tentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum? Dan sesuatu hubungan itu bukan atas dasar paras rupa semata-mata tapi macam mana pasangan itu mengekalkan hubungan mereka dengan cara yang halal dan bimbingan antara satu sama lain ke arah kebaikan bukan keburukan.
Thanks for reading. Saya cuma keluarkan apa yang minda saya tahu dan hati saya sedar.
|