Bounjour !
![]() Tagboard
![]()
| Keburukan Cinta Di Facebook **
Jumaat, 3 Ogos 2012 | 12:57 PG | 0 comments
Hari pertama seorang pengguna Facebook iaitu seorang wanita,yang sering berkongsi gambar,rata-ratanya foto lagak berahi bermulut muncung.Mungkin terasa dirinya comel di’situ telah meng’Update”Status “Kalau cinta ibarat penyakit,aku tak nak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini kerana aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!”Status yang merobek jiwa ini berjaya mendapat jumlah “Like” yang tinggi dalam masa yang singkat.
Fenomena meraih cinta di Facebook memang popular di zaman kegemilangan Facebook ini.Hanya perlu login sahaja,cinta sudah berada didepan “Screen komputer”.Namun cinta di Facebook tidak indah seperti yang digambarkan melalui status. Bagi aku cinta jenis ini hanyalah untuk memenuhi aplikasi yang ada pada Facebook tersebut.
untuk meletakkan status samaAda "In a relationship,Married,Engaged"
Maka dengan itu tidak hairanlah status di Facebook,single berubah kepada In a relationship with ? begitu juga sebaliknya. Dan tersangat mustahil status itu akan di ‘Upgrade” ke Engaged ataupun Married kerana,Cinta di Facebook akan putus di’tengah wall,bagaikan Internet yang kehilangan sambungannya. LOL
Hari kedua,Wanita ini update status lagi “Cinta itu hanya menyakitkan!”juga mendapat jumlah like yang tinggi,seiring dengan itu status perhubungan bertukar kepada “single”.Selang beberapa hari kemudian wanita ini update status lagi “Disaat aku memerlukan seseorang,kau hadir mengisi ruang hatiku yang kosong ini”.Tup-tup status kembali kepada In a relationship bersama teruna facebook yang lain.
Melihatkan dari fenomena ini. Aku mula memeditasi “Boleh percaya ke mendapat cinta di Facebook”Jawapan Aku cinta di Facebook penuh dengan kemunafikan. Dan keburukannya boleh menyebabkan jiwa menjadi kacau bilau. Mana tidaknya, malu dapat,kriitikan pun dapat. Konklusinya tidak mudah untuk mengetahui orang itu benar-benar jujur berhubungan dengan kita. Tambahan lagi di alam maya yang penuh kepura-puraan,kerana masing-masing mempunyai agenda yang tersembunyi.Jadi berhati-hati lah .
Kejujuran mungkin menyakitkan, tapi tidak mematikan.
Kebohongan mungkin menyenangkan, tapi tidak menyembuhkan ![]() |